Rabu, 6 Julai 2011

Guangzhou-Pearl River Cruise






Guangzhou Pearl River Cruise












.

Selasa, 5 Julai 2011

Window Of The World-Shenzhen China


Catatan 1-Melawat Guangzhou dan Shenzhen-lawatan ke masjid tertua,makam sahabat Nabi Mohammad SAW,paparan bangunan bangunan dan tinggi(klik)


Windows Of The Worlds ,satu daya penarik pelancong ke Shenzhen China.Reka bentuk Binaan(salin semula-duplicate) tempat tempat menarik didunia.Jika anda belum ada kelapangan dan kesempatan untuk melawat tempat sebenar bangunan ini berada,disini adalah tempat yang sesuai untuk anda mengenali sebagai langkah permulaan sebelum lawatan ke distinasi sebenar dilakukan.






















Sabtu, 2 Julai 2011

Melawat Guangzhou dan Shenzhen

Guangzhou dan Shenzhen-Kota Taman,dengan beribu bangunan pencakar langit tetapi bumi dibawahnya kekal menghijau.Dimana saja anda pergi,pokok dan rimbunan menghijau diberi keutamaan.
Dibawah beberapa gambar yang diambil untuk menunjukan bagaimana rakyat China menghargai kehijauan dan keindahan tumbuh tumbuhan berbanding China dan Melayu di Malaysia









.
Permulaan perjalanan
Jam 1900 22/06/2011 -Kumpulan 1 terdiri dari 12 orang pasangan suami isteri staff dan ex-staff TM Sungai Petani telah berhimpun di Masjid Taman Ria Jaya.
Kumpulan ke 2, 17 orang dari Taman Peruda -15 wanita 2 lelaki
Kumpulan ke 3,campuran perseorangan yang berada diluar Sungai Petani
Jumlah keseluruhan termasuk 2 anggota travel(Pedati Saujana) ialah 39 orang.

Bertolak dengan Air Asia -LCCT KLIA 23/06/2011 jam 0545
Tiba di Guangzhou jam 0945 pagi,dan dibawa dengan bas ke Shenzhen,perjalanan lebih kurang 2 jam.

Cerita perjalanan bolih dikongsi bersama melalui slide yang berada diatas sementara kami memuat turun beberapa gambar sebagai bantuan bagi mereka yang punya keinginan untuk ke luar negara terutama China.

Namun beberapa panduan berdasar pengalaman kami perlu diambil berat jika ada diantara anda yang mahu melakukan lawatan seperti ini.

1-Makanan
Berdasarkan pengalaman 4 hari berada di Guangzhou dan Shenzhen dapatlah kami membuat rumusan dan pandangan berikut.

i)Orang orang China hidup dalam kebudayaan,cara pakai dan pertuturan mereka.So amat sukar untuk kita mengenali ,siapa dikalangan Cina Islam dikalangan mereka.

ii)Restoran Cina Muslim sentiasa penuh.Umum mengetahui bahawa memenuhi ruang makan sehingga larut malam seolah olah sudah menjadi amalan mereka,sama yang dilakukan olih Cina Cina di Malaysia.Namun sukar untuk dipastikan,pelangan ini adalah Cina Islam.

iii)Lelaki dan perempuan bukan Cina(mungkin Muslim)berada dalam kelompok keluarga Cina sewaktu menjamu selera menjadi teka teki samada mereka keluarga Islam atau mereka meraikan salah seorang keluarga mereka yang berkahwin dengan orang Islam.

iv)Pekerja pekerja lelaki dan perempuan bertudong belum mengesahkan mereka Cina Islam,TETAPI apabila melihat mereka memasuki ruang solat untuk bersembahyang,keraguan ini telah hilang.

v)Cara memproses lauk daging sebelum dimasak mungkin sedikit mendatang syak dari hukum ,adakah bolih daging bercampur darah dimakan setelah dimasak(darah masih ada sewaktu bahan dimasukan dalam periuk).
Tapi jika tekak tidak bolih menerimanya,ada sedikit pilihan lain.Mintalah telur goreng atau kacang dan sayuran.

Cara terbaik untuk hilangkan keraguan masaalah pemakanan.Itupun jika tempuh lawatan singkat
i)Bawa bekalan seperti maggi,ikan bilis,ikan kering dan minyak masak.Peralatan memasak air panas yang berada dalam bilik hotel bolih digunakan untuk tujuan memasak.
Roti roti yang disahkan halal bolih dibeli di restoran tertentu saja.
ii)Makan banyak buah buahan.
iii)Menu hidangan pagi yang disediakan olih hotel penginapan cukup mendatang masaalah.Hanya yang bolih digunakan ialah minuman kopi atau teh.
***jika ingin minuman selain teh(80% drp hidangan minuman),dinasihatkan bawa bekalan pek kopi,milo atau apa saja minuman kegemaran.Disini ianya sukar didapati.
Susunya belum pasti halal.Amat beruntung kalau ada menu telor rebus pada hari berkenaan.Roti bakar ,mentega dan jem memang ada disediakan.
Air minirel mudah didapati.Perokok tegar,jangan diharap untuk dapatkan jenama yang biasa ada "gunakan" jika tidak dibawa bekaan.

2-Shopping
Anda akan dibawa shopping kebeberapa tempat(jika anda mengikuti lawatan pakej,dan pakej terbaik adalah PAKEJ MUSLIM
Tip untuk shopping supaya anda tidak kempunan bila pulang ketanah air.

i)Beli saja barang yang anda kehendaki jika telah dibawa kesatu satu lokasi kerana barang yang anda kehendaki mungkin sukar(malah tiada langsong) diperolihi dilokasi selanjutnya.
Di China(semua bandar besarnya) diamalkan jualan secara kelompok jenis barang yang sama.
Cntoh:Lokasi A menjual barang kulit.lokasi B barang eletronik,lokasi C mainan,lokasi D kain dan hamparan rumah.

ii)Jika berkesempatan kunjungi gedong gedong yang menjual secara borong tetapi perlu beli dengan kuantiti yang banyak.Harganya hampir 70% kurang dari harga runcit.

3-Lebihan bagasi
Jangan lupa.Bagasi anda akan dikenakan cukai berat bagasi penerbangan jika melebehi had yang ditentukan.Jika anda membeli terlalu banyak benda yang sama,cukai kastam sedia menunggu anda.

4-Lawatan
Jangan mudah terpedaya dengan senarai lawatan yang disenaraikan.Setelah bertemu dengan beberapa penganjur travel di Guangzhou,mereka menjelaskan,mereka sendiri gagal untuk mendesak pihak travel tempatan membawa pelancong melawat lokasi yang disenaraikan .Jawapan paling mudah,kita berada ditempat orang.Namun 70% daripada lokasi yang disenaraikan akan dibawa.
Namun kami ada sendiri jawapan yang dikongsi bersama dengan beberapa kawan lain.
Kalau tak tipu bukan Cina namanya,dan kalau bukan otak business,juga bukan Cina namanya.
Sebagai ganti 30% daripada senarai yang "dicicirkan" akan diawa melawat tempat tempat perusahaan yang ada setengahnya memang terdapat di Malaysia.Komisyen lawatan lah katakan.

Siang panjang dari malam
Waktu siang di Guangzhou dan Shenzhen agak panjang berbanding waktu malam
Waktu Subuh pada 24/6/2011 ialah 0412pagi dan terbit matahari 0545pagi
Video dibawah diambil sekitar jam 0530pagi dari tingkat 5 Hotel Shan Shui Shenzhen.


Video dibawah pula pada 0615am-kenderaan mula keluar ke jalan raya

Solat dan Masjid
Mengikut jadual (sewaktu dalam perjalanan pulang-hari terakhir)kami akan dibawa untuk solat di Huaide,satu daripada masjid tertua di China,namun seperti catatan awal,kerana penerangan yang tidak sempurna saya tidak dapat memastikan adakah gambar yang tertera dibawah adalah Masjid Huaide.
Tetapi hasil rujukan dalam internet masjid "kemungkinan Masjid Huaisheng,juga satu masjid tertua di China berdasarkan batu catatannya.Atau Masjid Huaisheng dan Masjid Huaide adalah masjid yang sama.Wallahualam,jika ada anda yang tahu sila komen dibawah.
Latest Refer dengan travel ini adalah Masjid Huaide












Masjis pertama yang kami masuki di China



Perkuburan lama yang terdapat diluar kawasan Makam sahabat Saad Abi Waqas


Makam sahabat Saad Abi Waqas