Isnin, 28 Februari 2011

Lintas Sempadan

25/02/2011:Seawal jam 0530pagi dengan menaiki 2 buah van yang memuatkan 10 orang setiap van,kami ,rombongan yang majoritinya pesara pesara bertolak dari Masjid Taman Ria Jaya menuju sempadan Malaysia-Thailand dengan hasrat melakukan lawatan kebeberapa lokasi di Satun dan Hatyai. Thalat Nam Klong Hae-aktiviti jualan desa didalam sungai.Lawatan pada hari ke 2 lawatan







Selepas Solat Subuh di Tol Plaza Hutan Kampung ,terus ke Pekan Changlun ,buat insuren kenderaan masuk Siam.Sementara tunggu urusan insuren siap,ada yang tukar duit RM kepada Bath.Minum pagi di satu kedai nasi kandar


Berkenalan sesama ahli rombongan dihadapan Kedai urusan insuren kenderaan ke Thailand.25/02/2011 @ 0900am(Semua time gambar tak bolih pakai,kamera lama)


Melintasi kilang baja?.Ana sendiri tak pasti kilang apa. Tapi dari luar nampak longgokan tar untuk turapan jalan. Pemandangan sepanjang perjalanan menuju Wang Klian.3km sebelum sampai,jalannya berlekok lekok tajam dan naik bukit.Kenderaan lama tak servis,tak payahlah cuba naik.Tersadai nanti. Pukul 10.00 pagi-Sudah sampai sempadan.Urusan melepasi sempadan -cop pasport Hadapan Ana,Hj Saad anggota baru POP,dibelakang driver van,pesara polis. Sah berada dalam negara orang Sampai Satun(Setoi) kam 11.30pagi,terus cari gerai untuk makan tengah hari.Bersama Hj Samuri(lut sinar),ahli baru POP dan Che Lah ,dah lama dah 1215 th,check in hotel . Namanya PINNACLE SATUN HOTEL.Ana satu room dengan Che Lah 1630pm-dah sampai Pelabuhan Bundhaya.Satu daripada jetti yang menawarkan perjalanan melalui sungai(juga laut) kepulau pulau berhampiran termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Kapas. Nak cari yang tau berbahasa Melayu,amat susah sekali.Kami bernasib baik ketemu dengan seorang pengusaha pelancongan yang dapat memberi penerangan mengenai pelabuhan ini.



Gambar Raja Thailand berada dibeberapa lokasi utama. Dalam perjalanan balik ke hotel.Singgah makan malam ditepi pantai.Ha..disini depa cakap Melayu.. Yang paling kanan sekali saja bolih dikatakan orang muda.Yang lain tu bolih dikatakan orang lama.Semua tittle Haji. Makan malam-dengan muzik Siam berirama perlahan. Rakaman dekat bilik memasak.Gelap sikit



Kumpulan van no 2.Depa ni berpasangan.Berbaju batik tu Hj Hassan ,rezeki duit sekerap,orang lama 4B


Pemandangan dari bilik hotel Turun daripada hotel,lawatan hari ke 2 Niat asalnya cari tempat minum,tapi bila semua tempat duduk penuh dan ada kedai makan menawarkan resepi kurang menarik,tak jadi minum pagi disini.


Komplek Kastam Satun.


Nak ke pulau pulau diselatan Thailand dan utara Semenanjung-termasuk Langkawi.Inilah jetinya.Deretan pulau yang nampak dalam gambar ini adalah gugusan Langkawi. Selesai minum pagi.Lawatan Muzium Tengku Kudin Gabenor Setoi(Satun) Sebahagian sejarah Hj Samuri bersama petugas muzium.Nak masuk muzium.Bayar 50B(RM5.00) Ini tak ada kena mengena dengan Tengku Kudin.Eksyen di meja makan.Dibelakang bilik tidur selepas kenyang?.Semua peralatan ori.Mungkin kainnya(kelambu) bukan ori. Jumpa hutan lagi.Satu jam perjalanan dari Satun,lokasi gua kristal .Untuk masuk kedalamnya,guna kayak seorang satu.Meredah hutan berair yang tidak pernah dimasuki,kemudian masaalah masuk gua yang dikatakan terpaksa merebah badan kerana permukaan air hampir dengan longokan batu kristal memerlukan ketahanan yang tinggi.Keputusan,biarpun kesempatan menikmati keindahan kristal ini jangan ditolak,tetapi risiko juga jangan ditempah.Keputusannya,tak masuk.Hanya memerhati dari jauh.



Lalaun turun sampai membawa kayak untuk menyusuri hala ke pintu gua kristal. Berbual sambil mendapat penerangan yang amat sedikit.Ibarat itik bercakap dengan ayam. Digunong inilah terdapatnya Gua Kristal yang amat cantik(itu kata orang yang pernah masuk) Gagal masuk melalui jalan air,kami berpatah balik menuju satu laluan darat.18km dari laluan air. Dengan penuh semangat Hj Zaki,Che Lah,Hj Zul ,Hj Samuri,Hj Saad dan Ana menuju arah laluan balik anak anak muda yang baru turun dari gunong kristal dengan hasrat untuk menawan kali pertama gunong ini sampai menikmati keindahan kristalnya.


Dilaluan 4 naka muda ini kami berjumpa dengan seorang wanita dan ibunya yang baru turun dari gunong.Diceritakan keindahan kristal,mengamit kami segera keatas. Sedang ambil gambar laluan,kami dipanggil olih seorang petugas.Sekali lagi ayam cakap dengan itik.Akhirnya kami tahu ,nak naik atas kena tikit 30.00B(RM3.00) Sewaktu sebok bergambar,Hj Zul mendapat penerangan lebih lanjut diunit penerangan.Walaupun ayam bercakap dengan itik,ada juga depa yang sikit sikit bolih bercakap dua bahasa ini.Kami dimaklumkan,perjalanan naik dan turun,masanya tak kurang 3 jam.Berada untuk nikmati keindahan,masanya 2 jam.


Persediaan untuk mendaki(naik)juga perlu ada.Kena bertolak awal pagi.Sedikit bekalan minum dan alas perut.Ketahan fizikal.Sewaktu kami sampai ada 3 bas persiaran yang isinya kosong.Mungkin depa dah naik awal pagi.Kami pula nak celapak naik tanpa persediaan.Nak cari sakit.Keputusannya-sekali lagi patah balik.


***Catatan khas:Aktiviti pendakian sambil menikmati keindahan kristal yang baik untuk anak muda dan mereka yang masih berkeupayaan melakukan pendakian. Letih,penat selepas meninggalkan KAKI Gunong Kristal,kami menuju Hatyai.Singgah makan.

Gambar tandas pun ada ka?Penghargaan pada tuan punya kedai yang menyediakan kemudahan untuk mereka yang memerlukan.Tandas bersih dan ruang solat walaupun tanpa kipas tapi angin masuk melalui tingkap sudah cukup menghilangkan suhu panas.Makan,lazat sekali terutama sub daging. Masjid Kampung Padang Kancil.Terdiri atas pembiayaan sendiri dan sumbangan umat Islam yang sering singgah disini.(100M dari kedai makan) Sudah memasuki Hatyai.Pelajar sebuah sekolah agama yang diketemu di Thalat Nam Klong Hae,satu daripada pasar jualan mirip pasar minggu di Malaysia. Inilah kelainan pasar ini berbanding pasar tani lain.Makanan yang dijual disahkan halal.

Kueh citarasa penduduk tempatan yang mampu diterima olih lidah Melayu disamping pelbagai minuman yang diisi dalam bekas tembikar ukiran atau batang buloh yang dipotong menarik minat untuk dibeli.Harga 20.00B(RM2.00) termasuk bekas yang bolih dibawa balik sebagai surviner. Cantik,susun terapi.Kita tak buat buatkah macam ni.Di Alor Star bukankah ada tempat seperti ini. Ronda ronda sebelum memilih makanan adan minuman Dalam perjalanan pulang,singgah sembahyang di Masjid Prik Mukim Sadao Wilayah Songkla.Satu lagi masjid yang dibina dengan keewangan masyarakat setempat. Melintas sempadan jam 1500pm selepas singgah sebenar di Padang Besar kawasan Thailand untuk membeli barang.

Nasihat pada mereka yang mahu lintas sempadan untuk membeli barang barang murah.Tak payahlah pi,tak ada banyak pilihan jika berbanding dengan yang ada di Padang Besar kawasan Malaysia.Buah buahan pun tak ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan